Connect with us

Oh! Media

Seorang Remaja Lelaki Yang Melalui VTL Darat Malaysia-Singapura Didapati Positif

VTL DARAT

Trending

Seorang Remaja Lelaki Yang Melalui VTL Darat Malaysia-Singapura Didapati Positif

Ramai pengembara tidak melepaskan peluang untuk menggunakan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat antara Malaysia-Singapura yang mula dibuka hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Bas Darat VTL Singapura-Malaysia Dah Beroperasi, Selamat Kembali Warga Singapura!

Menerusi laporan Kosmo, seorang remaja yang pada mulanya mendapat keputusan negatif ketika menjalani ujian saringan Covid-19 di Singapura didapati positif di pintu masuk Malaysia pada hari pertama sempadan dibuka.

Individu yang positif akan terus diasingkan

VTL DARAT

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri menyatakan kes positif Covid-19 itu telah dikesan dalam trip pertama dari Singapura.

Setiap pengembara perlu menjalani ujian pengesanan pantas (RTK-Antigen) On Arrival Test (OAT) Covid-19 di balai ketibaan di terminal bas untuk mengelakkan penularan Covid-19 jika ada yang positif. Jadi, apabila remaja lelaki itu melakukan RTK-Antigen tersebut, dia didapati positif Covid-19.

Lelaki itu tiba di Larkin Sentral setelah menaiki bas pertama bersama 45 lagi penumpang lain pada pukul 9.10 pagi dari Terminal Bas Queen Street, Singapura.

Apabila keputusan ujian saringan itu keluar, lelaki berkenaan terus diasingkan dan kini sedang dikuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Pengesanan kes ini membuktikan sistem VTL Darat yang dilaksanakan adalah berkesan. Individu yang positif terus diasing dan dikuarantin sekali gus tidak dibenarkan keluar dari tempat pemeriksaan.

Sistem VTL Darat ini nampaknya memang sangat sistematik dan berkesan untuk mengelakkan penularan Covid-19 sepanjang sempadan dibuka.

Semoga sistem ini terus dijalankan untuk cepat mengesan sesiapa sahaja yang positif Covid-19 di balai ketibaan. Pastikan anda sentiasa mengikut SOP dan akur dengan sistem yang ditetapkan okay!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas