Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Didapati Bersalah Takutkan Warga Emas, Peras Ugut RM 2

Oh! Tidak

Seorang Lelaki Didapati Bersalah Takutkan Warga Emas, Peras Ugut RM 2

Seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen di Kota Bahru di atas tuduhan melakukan peras ugut terhadap seorang wanita warga emas selain turut ingin mencederakan mangsa dalam kejadian di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh pada April yang lalu.

ADVERTISEMENT

Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Fikrianisfatullah Mohd Azmi, 28, membuat pengakuan tentang tindakannya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh juga didakwa melakukan kegiatan itu terhadap seorang wanita berusia 65 tahun sehingga mengugut akan mencederakan mangsa sehingga mendorong warga emas itu menyerahkan wang sebanyak RM 2.

Perbuatan itu dilakukan kepada mangsa di sebuah rumah di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh kira-kira 4.35 petang pada 5 April yang lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan Mahkamah menetapkan tarikh jatuh hukum kepada tertuduh pada 6 Julai ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top