Connect with us

Oh! Media

Seorang Ibu Hilang Kaki, Selepas Salah Anggap Dirinya Terkena Jangkitan Wabak

simptom

Trending

Seorang Ibu Hilang Kaki, Selepas Salah Anggap Dirinya Terkena Jangkitan Wabak

Seorang ibu bernama Cher Little, koma selama 23 hari dan kehilangan dua belah kakinya selepas tersalah anggap simptom sakit yang dialaminya adalah jangkitan Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Disahkan Positif Virus Walaupun Tiada Simptom, Ini Pesan Emma Maembong Buat Semua

Menerusi laman Harian Metro, ibu kepada dua orang anak ini beranggapan dia terkena jangkitan virus Covid-19 kerana pada mulanya, dia hanya rasa sakit kepala dan demam sahaja.

Peluang hanya 20 peratus untuk selamat

jangkitan

Apabila Cher Little mula mengalami ruam pada kulit badannya dan bibir menjadi ungu, keluarganya dari Connah’s Quay, Wales terus bawa ke hospital dan dia diberi peluang hanya 20 peratus untuk selamat dari penyakit yang dialaminya, iaitu Meningococcal Septicaemia.

Doktor tiada pilihan lain selain memotong kakinya hingga ke paras lutut yang sudah bertukar menjadi hitam selepas koma.

Saya sepatutnya mengetahui penyakit ini lebih awal dan menelefon ambulans, tetapi kita berada di tengah wabak jadi saya tersalah anggap ia koronavirus dan tidak melakukan ujian sehingga beberapa hari kemudian.

Bagaimanapun, keputusan ujian Covid-19 negatif, ketika ini bibir saya berwarna ungu, saya masih ingat untuk tidur sebentar dan bangun dengan ruam seperti lepuh di seluruh muka saya.

jangkitan

Cher telah pengsan selama 20 minit selepas tiba di hospital dan doktor telah beberapa kali menelefon keluarganya untuk bersedia menerima kehilangannya semasa di hospital. Cher bersyukur kerana masih diizinkan untuk hidup bersama keluarganya hingga kini.

Semoga pengalaman wanita ini dapat memberi iktibar kepada semua, untuk terus berjumpa dengan doktor jika rasa tidak sihat, dan jangan pandai-pandai diagnos diri sendiri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas