Connect with us

Oh! Media

“Seorang Gelandangan Dapat 20-30 Bungkus” – Lelaki Ini Dedah Makanan Derma Terbiar Sampai Basi?

Trending

“Seorang Gelandangan Dapat 20-30 Bungkus” – Lelaki Ini Dedah Makanan Derma Terbiar Sampai Basi?

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap prihatin dan pemurah dalam membantu sesiapa sahaja yang kurang berkemampuan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siapa Nak Makan Semua Ni?” – Lelaki Ini Dedah Isu Lambakan Makanan Di PPS

Selain individu atau syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) turut aktif menghulurkan sumbangan berupa makanan khususnya kepada gelandangan.

Namun, timbul pula isu mendakwa terdapat lambakan makanan dibiarkan begitu sahaja sehingga basi. Perkara ini didedahkan oleh seorang individu di laman Twitter.

Kata individu ini, dalam melakukan amal kebaikan, seharusnya jangan ada pembaziran sehingga menyusahkan orang lain. Individu ini turut mendakwa isu timbul setiap tahun kerana ada pihak yang enggan bekerjasama.

Dia turut mencadangkan beberapa pihak yang seharusnya turut mendapat bantuan makanan bukan hanya tertumpu kepada gelandangan.

Antaranya adalah penghuni PPR, waris-waris pesakit di hospital, pengawal keselamatan dan pelajar-pelajar kolej yang kurang berkemampuan.

Individu ini turut menasihati NGO dan sukarelawan agar bekerjasama untuk mengelakkan pertembungan sumbangan. Apa yang paling penting adalah mengelakkan pembaziran.

Pengguna Twitter ini meninggalkan pesanan kepada sukarelawan agar lebih sensitif dan menjaga perasaan setiap insan meskipun mereka golongan kurang berkemampuan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas