Connect with us

Oh! Media

Sengaja Redah Banjir? Kompaun RM300 Menanti

Trending

Sengaja Redah Banjir? Kompaun RM300 Menanti

Siapa je tak risau bila terpaksa tinggalkan rumah dengan lama dan duduk pula di pusat pemindahan waktu banjir ni?

ADVERTISEMENT

Memang kita tak nafikan yang ramai cuba redah banjir sebab nak tengok rumah. Tapi sekarang masih belum masanya sebab banyak kawasan yang masih alami hujan lebat dan paras air banjir yang tinggi. Bahaya untuk nyawa korang.

Tentang kompaun RM300 ni rupanya memang dah ada dalam Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik sendiri dah tegaskan tentang pengenaan kompaun ni kepada mana-mana individu yang ingkar arahan terutama meredah banjir di kawasan yang telah diletakkan papan tanda amaran.

Kita tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan. Bagi kesalahan itu, individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300. – Tegasnya.

Menurut Datuk Roslee, setakat hari ini sudah ada tiga kes kenderaan meredah banjir di Kemaman dan terbaru ada sebuah kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan arus deras di bawah Jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2, Chukai.

Jagalah diri kita dan sayanglah diri tu lebih dari harta kita. Berhati-hati buat semua mangsa banjir. Semoga semua dugaan ini berakhir.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas