Connect with us

Oh! Media

Semua Ahli Parlimen Amanah Tolak Belanjawan 2021, Ini Alasan Mat Sabu

Trending

Semua Ahli Parlimen Amanah Tolak Belanjawan 2021, Ini Alasan Mat Sabu

Semua sedia maklum bahawa sebeum perbentangan Bajet 2021 dilakukan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah menasihatkan agar semua Ahli Parlimen sebulan suara menyokong Bajet 2021 ini agar bantuan dapat diberikan kepada rakyat.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, setelah perbentangan dilakukan, banyak bantahan telah disuarakan Ahli Parlimen tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang.

Terbaru, Presiden Pari Amanah Negara, Mohamad Sabu telah menegaskan bahawa semua Ahli Parlimen mereka sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan pada 6 November 2021.

Keputusan ini dikatakan diambil selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan perkara sama.

Itu kita bercakap dalam Parlimen, Ketua Pembangkang sudah cakap kalau hendak sokong mesti dipinda beberapa perkara. Kita, parti Pejuang pun bercakap, UMNO pun bercakap juga beberapa perkara perlu dipinda untuk dapat sokongan, kita bersama PH (tidak sokong). – Katanya.

Beberapa kenyataan Ketua Pembangkang sebelum ini adalah seperti berikut:

  • Batalkan peruntukan untuk JASA dan NGO Penggerak Komuniti. Zalim ambil wang rakyat untuk kepentingan kelompok politik.
  • Walaupun cenderung mahu meluluskan bajet ini dan tidak mahu tolak ansur soal emoumen, gaji pekerja, nasib frontliners, sama ada lulus atau tidak, kita akan pastikan ada rencana segera supaya tidak membebankan rakyat khususnya frontliners.
  • Menteri Kewangan perlu ambil perhatian isu moratorium dan pengeluaran wang KWSP.
  • Peruntukan untuk perolehan vaksin COVID-19 didapati tidak dimasukkan di dalam Belanjawan 2021.
  • PH hanya akan menyokong sekiranya ia benar-benar belanjawan yang serius untuk melawan dampak wabak.

Kebanyakan rakyat juga dilihat tidak akan berpuas hati selagi keputusan mengeluarkan RM10,000 dari akaun 1 KWSP tidak diluluskan kerajaan. Ini menjadi cabaran utama bagi kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin pada waktu ini dan apa agaknya yang akan dilakukan mereka?

Kita nantikan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas