Connect with us

Oh! Media

“Semoga Nanti Sayang Juga Meninggal Dengan Husnul Khotimah” – Tunang

Trending

“Semoga Nanti Sayang Juga Meninggal Dengan Husnul Khotimah” – Tunang

Semalam, ohmedia ada melaporkan berita tentang mayat seorang lelaki, Naim Hariri Kamaruddin yang dah ditemui terdampar di kawasan pantai pagi semalam. Sebelum itu arwah dilaporkan hilang selepas dikatakan lemas ketika mandi di Pantai Kelulut beberapa hari lepas.

ADVERTISEMENT

BACA : Jenazah Naim Hariri Ditemui

Pagi tadi, jenazah arwah Naim sudah pun selamat dikebumikan kira-kira jam 10.20 pagi. Jenazah telah dibawa dari Terengganu kira-kira jam 10 malam semalam dan tiba di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 4 pagi.

Arwah Naim yang merupakan seorang jurufisioterapi sepatutnya menamatkan zaman bujangnya bersama Fatin Nabilah Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Batu Payong sabtu lalu. Tapi apakan daya, Tuhan lebih sayangkan Naim. Antara insan yang paling sedih tentulah tunangnya sendiri. Menerusi laman Twitternya, Fatin telah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Membahasakan dirinya ‘sayang’ dan arwah Naim sebagai ‘dear‘, tweet dari Fatin tentunya mengundang sebak dalam kalangan netizen. Namun, Fatin tetap reda dengan ujian yang terpaksa dia lalui dan perlu teruskan hidup seperti biasa.

“Semoga nanti sayang juga meninggal dengan husnul khotimah. Pengakhiran yang baik seperti dear. Allah sayang kita berdua, Allah sayang semua.” – tulisnya.

Fatin juga sempat titipkan ucapan terima kasih pada semua pihak yang mendoakan dirinya dan arwah. Dia juga berdoa agar Allah menjaga diri kita semua serta memohon ampun andai ada kekhilafan dari dirinya dan juga arwah Naim. Semoga roh arwah sentiasa dalam rahmat Tuhan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Kredit: Utusan Malaysia

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas