Connect with us

Oh! Media

“Semoga Dia Kembali Ke Pangkal Jalan” – Mohd Faizal Kecewa Bekas Pemain Bola Kebangsaan Terpalit Dengan Dadah

Trending

“Semoga Dia Kembali Ke Pangkal Jalan” – Mohd Faizal Kecewa Bekas Pemain Bola Kebangsaan Terpalit Dengan Dadah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita mengenai seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang ditangkap selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine.

ADVERTISEMENT

BACA: Siapakah Itu? Masih Belum Terjawab. Bekas Pemain Bola Kebangsaan Ditangkap Bersama Dadah

Mohd Faizal harap pemain kembali ke pangkal jalan

Bekas pemain kebangsaan, Mohd Faizal Muhammad turut memberikan respon dengan menyatakan bahawa dirinya kesal dan terkejut mengenai perkara ini.

Beliau berharap agar pemain-pemain lain tidak terjebak dengan perkara tidak sihat ini.

Ketika ditemui Metro, bekas pemain Terengganu itu turut berharap isu dadah dalam kalangan pemain dapat diselesaikan dengan pantas oleh pihak bertanggungjawab. Ini bagi memastikan ia tidak menjadi barah dalam dunia sukan nombor satu negara.

Boleh jejas imej bola sepak negara

Andai ia benar berlaku ke atas pemain ditahan itu, saya sebagai bekas pemain kebangsaan begitu kesal dan kecewa dengan tindakan tidak bermoral pemain berkenaan.

Jadi, beliau berharap agar pemain berkenaan kembali ke pangkal jalan serta menjadi pengajaran kepada pemain-pemain lain.

Nasihat saya sebagai bekas pemain, ia satu kerugian yang besar buat pemain itu sendiri dan negara. Jadi harapan saya agar perkara itu menjadi pengajaran berguna buat semua sambil meletakkan harapan tinggi agar semua dapat menjauhi aktiviti tidak bermoral itu.

Untuk makluman korang, Faizal terpaksa gantung but lebih awal pada usia 30 tahun kerana mengalami kecacatan kekal mata kanan selepas terbabit kemalangan pada 2019.

Terdahulu seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan berusia 36 tahun yang pernah menyarung jersi beberapa pasukan Liga Super dikatakan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di Johor Bahru.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas