Connect with us

Oh! Media

Sembilan Kedai Dan Rumah Musnah Dijilat Api

sembilan

Trending

Sembilan Kedai Dan Rumah Musnah Dijilat Api

Kejadian di Kampung Baru Batu 2, Gerik, Perak, deretan sembilan kedai termasuk empat buah rumah telah musnah dijilat api, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: 10 Rumah Hangus Terbakar Di Tawau

Menerusi laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu tidak menyebabkan apa-apa kecederaan atau kemalangan yang meragut nyawa.

Tiga rumah terbakar 90 peratus

sembilan
Deretan kedai yang musnah (Foto: Kosmo)

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, 38 anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, BBP Lenggong, BBP Pengkalan Hulu dan BBP Kuala Kangsar telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Apabila pihak bomba sampai, api sudah marak membara di sembilan deretan kedai tersebut.

Operasi memadamkan kebakaran segera dijalankan dengan menggunakan dua aliran air bersumberkan tangki jentera bomba dan pili bomba sebelum api dapat dikawal pada pukul 9.22 malam.

Kebakaran membabitkan tiga rumah yang terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar tiga peratus serta rumah kedai dua tingkat musnah terbakar 60 peratus.

Turut musnah dalam kebakaran itu, sebuah kedai fonderi, aksesori kereta, kedai makan dan kedai membaiki jentera berat yang musnah 80 peratus.

Operasi telah tamat kira-kira jam 1.20 pagi dan semua terselamat dan tiada kecederaan yang berlaku. Semoga pemilik kedai-kedai ini tabah dan terima dugaan yang melanda ini dengan hati yang ikhlas.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas