Connect with us

Oh! Media

Selepas Terima Hukuman, Tertuduh Yang Cuba Mencabul Wanita Merayu Hukuman Diringankan & Beri Alasan Telah Insaf

Trending

Selepas Terima Hukuman, Tertuduh Yang Cuba Mencabul Wanita Merayu Hukuman Diringankan & Beri Alasan Telah Insaf

Seorang lelaki pekerja restoran mengaku bersalah atas tuduhan cuba mencabul seorang wanita dengan kekerasan telahpun dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur harini. 

ADVERTISEMENT

Kejadian dikatakan berlaku dua minggu lalu di laluan pejalan kaki di hadapan tangga berhampiran Pusat Dialisis Davita, Jalan Megan Setapak, Wangsa Maju, pada 13 November jam 8 malam. 

Allah Pitchai Bazeeth Mohamed yang berumur 26 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Walaubagaimanapun, tertuduh merayu akan hukuman kepada dirinya diringankan atas alasan telah insaf dan tidak mampu untuk membayar denda tersebut tapi, Timbalan Pendakwa Raya Zuraidi Zulkifli memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal supaya diberikan pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesilapan seperti itu. 

Betul juga tu, kalau tak kena memang tak sedar dengan apa yang dia buat. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca tertuduh insaf di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas