Connect with us

Oh! Media

Selepas 30 Tahun, Pihak Hospital Baru Perasan Sumber Minuman Datang Dari Sumber Air Tandas?

tandas

Oh! Tidak

Selepas 30 Tahun, Pihak Hospital Baru Perasan Sumber Minuman Datang Dari Sumber Air Tandas?

Terminum air tandas? Itulah yang berlaku di sebuah hospital di Jepun apabila pihak mereka tidak sengaj menggunakan air tandas sebagai sumber minuman. Apa yang lebih mengejutkan adalah kesilapan hanya disedari selepas lebih 30 tahun menggunakan air tandas.

ADVERTISEMENT

Hasil siasatan mendapati paip yang sepatutnya disambung dengan air bersih tersalah sambung dengan paip air tandas.

Kesalahan ini hanya disedari dan diumumkan pihak hospital pada 20 Oktober 2021 lalu. Kira-kira 120 paip air disambung secara salah dan keadaan itu sudah berlarutan selama 30 tahun sejak hospital itu dibuka pada 1993.

Macam mana selepas sekian lama baru sedar salah pasang?

Aduhai, tak dapat bayangkan air tandas tu digunakan untuk minum, mencuci tangan dan berkumur-kumur oleh petugas dan pesakit di hospital.

Memetik laporan Utusan, kesalahan ini disedari selepas pihak hospital memulakan pembinaan loji rawatan air yang baharu. Pihak hospital turut telah melakukan pemeriksaan warna, bau dan rasa air setiap seminggu sekali sejak tahun 2014. Akan tetapi tidak pernah pula ada laporan yang mengatakan air itu bermasalah.

Naib presiden hospital, Kazuhiko Nakatani kemudian membuat permohonan maaf dan membaiki seluruh sistem paip dengan kadar segera.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas