Connect with us

Oh! Media

5 Wanita, 8 Lelaki Dewasa & 3 Kanak-Kanak, Ditangkap Mandi Bogel Dalam Ladang Kelapa Sawit

Trending

5 Wanita, 8 Lelaki Dewasa & 3 Kanak-Kanak, Ditangkap Mandi Bogel Dalam Ladang Kelapa Sawit

Isu ajaran sesat bukanlah satu perkara yang asing dalam kamus kehidupan kita dan boleh dikatakan setiap tahun pasti akan wujud ajaran-ajaran sesat yang baru untuk menyesatkan manusia di bumi ini.

ADVERTISEMENT

Terbaru, telah wujud satu ajaran sesat yang dikenali sebagai ‘Hakekok Balakasuta’. Malah, ritual yang dijalankan bagi ajaran sesat Hakekok ini juga boleh dikatakan lansung tidak masuk akal. 

Ritual ajaran mereka yang memerlukan lelaki dan wanita untuk mandi bogel beramai-ramai itu dikatakan telah berjaya menggemparkan negara seberang pada Khamis lalu.

Menurut laporan berita Kompas.com, Pihak polis dilaporkan telah menahan seramai 16 pengikut ajaran sesat Hakekok Balakasuta yang didapati sedang melakukan ritual mandi bogel beramai-ramai lelaki dan wanita di Banten, semalam.

Timbalan Ketua Polis Pandeglang berkata, upacara itu telah diadakan di tengah-tengah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Karangbolong, Daerah Pandeglang. 

Lebih mengejutkan apabila ritual itu dikatakan turut melibatkan kanak-kanak.

Mereka terdiri daripada lima wanita serta lapan lelaki dewasa termasuk tiga kanak-kanak. – Katanya.

Serbuan yang telah dibuat di rumah ketua kumpulan ajaran sesat itu juga turut menemui barangan yang mencurigakan seperti azimat dan kondom.

Pemimpin ajaran sesat yang dikenali sebagai Arya, 52, itu mendedahkan bahawa ritual mandi beramai-ramai itu adalah proses untuk mensucikan diri disebabkan setelah sekian lama mereka ingin menjadi kaya, namun tidak berhasil.

Menurut Arya, ajaran Hakekok juga menyokong Imam Mahadi dan turut dijanjikan kekayaan namun ia tidak menjadi kenyataan.

Selepas melakukan rajaban (tradisi memperingati Israk Mikraj) mereka telah mengambil keputusan menyucikan diri. – Kata Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pandeglang

Arya (ketua ajaran sesat) juga telah mengakui kesilapannya serta mahu bertaubat dan hasrat itu disampaikan ketika mereka bertemu dengannya di Balai Polis Pandeglang.

Dia berasa bersalah dan sedia dibimbing. – Katanya.

Hamdi berkata, ajaran sesat telah lama wujud di kampung itu dan penganutnya juga pernah ditangani MUI Cigeulis dan tokoh masyarakat setempat.

Sekarang muncul lagi di luar pengetahuan kami. – Katanya.

Semoga kita semua dilindungi daripada perkara-perkara jahil seperti ini.

Kredit: Kompas.com


Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas