Connect with us

Oh! Media

Sekolah Pondok Di Kelantan Jadi ‘Port’ Cuci Duit ‘Founder’ Kosmetik, Niat Derma Untuk Saham Akhirat

Ohmedia ketua polis balai kena tangkap

Oh! Tidak

Sekolah Pondok Di Kelantan Jadi ‘Port’ Cuci Duit ‘Founder’ Kosmetik, Niat Derma Untuk Saham Akhirat

Polis dedah ada pengasas kosmetik guna sekolah pondok di Kelantan untuk cuci wang haram bernilai jutaan ringgit.

Siapa sangka, di sebalik niat murni menyalurkan derma kepada sekolah pondok dan madrasah, wujud pula individu tidak bertanggungjawab yang didakwa menjadikan tempat pengajian agama itu sebagai lokasi untuk mengubah wang haram bernilai jutaan ringgit.

Memetik laporan Kosmo!, perkara itu disahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat yang mendapati banyak madrasah, pondok dan pusat tahfiz di negeri itu tidak berdaftar.

Sumbangan untuk saham akhirat, tapi ada unsur pengubahan wang haram

Cuci Duit

Tambah beliau, pihak polis mendapat maklumat awal mengenai kegiatan ‘cuci duit’ itu hasil kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

IKLAN

Apabila pusat pengajian agama itu tidak berdaftar, ia mungkin boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kegiatan pengubahan wang haram. Berdasarkan maklumat, ada dalam kalangan pengasas produk kosmetik sanggup memberi sumbangan mencecah jutaan ringgit kepada sekolah pondok dengan alasan pelaburan untuk saham akhirat.

Menurut Mohd. Yusoff, siasatan mendapati terdapat beberapa sekolah pondok di Kelantan yang dipercayai terlibat dan menerima sumbangan hasil pengubahan wang haram daripada ahli perniagaan tertentu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu status madrasah, pondok atau tahfiz sebelum menyalurkan sumbangan bagi memastikan institusi tersebut benar-benar berdaftar dengan pihak Maik.

Pssttt! Di sebalik imej keagamaan, ada juga segelintir pihak yang sanggup menunggang agama demi kepentingan sendiri. Semoga siasatan yang dijalankan dapat membersihkan nama institusi agama daripada unsur penyelewengan dan menjamin amanah orang ramai terus terpelihara.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas