Connect with us

Oh! Media

Sehelai Baju Kalis Santau, Saka Dan Sihir Dijual Pada Harga Kerajaan Langit?

baju mistik

Trending

Sehelai Baju Kalis Santau, Saka Dan Sihir Dijual Pada Harga Kerajaan Langit?

Siapa punya idea jual baju kalis santau, saka dan sihir ni? Siapa sangka jualan barangan seperti ini masih ada pada waktu sekarang yang ketika dulu kita tahu ramai yang menjual barangan yang didakwa mampu memberi pelbagai kebaikan.

ADVERTISEMENT

Ada yang jual gelang tenaga dan tidak ketinggalan juga yang menjual kad jimat minyak dan jimat elektrik. Ini semua tidak masuk akal! Tapi malangnya masih ada yang percaya dan terpedaya membeli semua barangan terbabit.

Baju mampu cegah gangguan mistik

Kredit: Kosmo

Terbaru kecoh bila ada penjual yang menjual baju muslimah dan baju t-shirt yang mampu menyelesaikan segala masalah mistik. Tidak kira santau dari orang, saka dan sihir dari musuh, semuanya dapat dicegah dengan memakai pakaian ini.

Berdasarkan penerangan dari penjual, baju ini telah dijahit khas menggunakan kaedah falaq. Harganya pula boleh tahan apabila dijual sekitar RM313 bagi baju muslimah wanita (blouse) dan RM270 sahaja untuk mereka yang menjadi ahli. Untuk lelaki, boleh dapatkan pula baju t-shirt yang turut menyediakan dari saiz S hingga XXL.

Jualan barangan dengan dakwaan seperti ini amat tidak baik kerana ia boleh mendatangkan syirik. Diharapkan agar orang kita lebih bijak untuk membeli sesuatu barangan kerana memang ada penjual yang sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas