Connect with us

Oh! Media

“Segala Kemudahan Untuk OKU Rosak Bertahun-Tahun”- Netizen Bengang Lihat OKU Sampai Terpaksa Naik Tangga

myrapid

Trending

“Segala Kemudahan Untuk OKU Rosak Bertahun-Tahun”- Netizen Bengang Lihat OKU Sampai Terpaksa Naik Tangga

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna yang berkongsi gambar memaparkan seorang indivudi kurang upaya (OKU) yang mengguna tongkat bahu terpaksa menggunakan tangga.

ADVERTISEMENT

Menerusi ciapan tersebut, pengguna itu turut meluahkan rasa kecewa apabila lif dan escalator di tempat pengangkutan awam itu sering rosak dan tidak mesra pengguna OKU.

Bukan sekejap, tapi makan tahun rosaknya.

Difahamkan, kejadian berlaku di LRT Stesen Ampang Park dimana isu lif dan ecsalator rosak bukanlah satu perkara yang baharu dan sudah banyak kali diberi aduan.

Escalator & lif Ampang Park rosak sejak tahun lepas. Kesian abang OKU ni kena panjat tangga..

Pelanggan kena minta bantuan staff?

Dalam pada itu, pihak RapidKL telah menjawab ciapan tersebut namun jawapan yang diberi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Hai, lift di stesen Ampang Park masih lagi di dalam penyelenggaraan. Pelanggan boleh minta bantuan staff di kaunter. Staff boleh bantu.- Tulis RapidKL.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen mempersoalkan jawapan yang diberi dan menganggap kenyataan itu sebagai tidak profesional.

Dah bertahun lift ko tu dalam penyelenggaraan! alasan lah! – Netizen.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas