Connect with us

Oh! Media

Seekor Penyu Karah Ditemui Mati, Tak Sempat Bertelur

Oh! Tidak

Seekor Penyu Karah Ditemui Mati, Tak Sempat Bertelur

Seekor penyu karah ataupun lebih dikenali sebagai penyu sisik seberat 40 kilogram ditemui mati dalam keadaan ‘menyedihkan’ apabila tidak sempat untuk mendarat di pantai untuk bertelur di pesisiran Pantai Tanjung Bidara, Alor Gajah, semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Utusan Harian, bangkai penyu yang dijumpai itu juga turut terdapat kesan luka mata kail pada bahagian kepalanya.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd. Fauzi Solehon berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu pada pukul 4.30 petang dan sepasukan pegawai tiba di lokasi untuk memeriksaan keadaan penyu karah itu.

Tambahnya lagi, hasil pemeriksaan terhadap penyu itu, ia didapati dalam keadaan bunting dan dipercayai mati di laut akibat terkena rawai.

Keadaan penyu karah yang ditemui mati di persisiran pantai Tanjung Bidara semalam.(Sumber: Utusan Harian)

Rawai atau pancing rawai merupakan salah satu kaedah yang digunakan nelayan untuk menangkap ikan dalam skala menengah dan terdiri daripada sejumlah mata kail yang dipasang pada panjangnya tali yang mendatar.

Kemungkinan penyu karah ini terkena rawai kerana terdapat kesan luka mata kail dan kesan luka dibahagian kepala sebelum ditolak arus air ke pantai.

Berdasarkan pemeriksaan, penyu terbabit dikatakan pernah bertelur di pantai di Melaka kerana terdapat tag yang ditandakan di bahagian badan penyu tersebut.

Berhubung kejadian, pihaknya memberi amaran keras kepada para nelayan di negeri ini untuk tidak menggunakan peralatan yang dilarang seperti pukat tagan atau pekap dan rawai tanpa umpan.

Hal ini kerana, ia akan menyebabkan penyu tersangkut pada pukat dan termakan mata kail yang digunakan nelayan kerana penyu mudah tertarik kepada objek yang berkilat dan menyangkakan bahawa ia adalah makanan.

Mohd Fauzi berkata, sekiranya kaedah ini digunakan oleh nelayan dan pihaknya dapat mengesan, tindakan akan diambil mengikut Akta Perikanan 1985.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas