Connect with us

Oh! Media

Seekor Anjing Ditahan Maqis Di KLIA

Trending

Seekor Anjing Ditahan Maqis Di KLIA

Seekor anjing yang diimport dari Jerman yang mempunyai baka Jerman Shepherd telah ditahan oleh pihak berkuasa di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika pemeriksaan dilakukan di situ pada pukul 2.30 petang, jumaat yang lalu.

ADVERTISEMENT
Anjing baka jenis Jerman Shepherd yang ditahan di KLIA jumaat lalu

Menurut laporan dari Kosmo, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mendapati terdapat kesalahan nombor mikrocip pada anjing jenis baka German Shepherd itu menjadikan ia punca haiwan tersebut ditahan.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata bahawa pemeriksaan rapi berkaitan dokumen dan fizikal haiwan tersebut telah dibuat dan mendapati nombor mikrocip pada badan anjing tersebut tidak sama dengan dokumen permit import yang telah dinyatakan.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim (dua dari kanan)

Atas kesalahan tersebut, haiwan itu telah ditahan dan dikuarantin untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zamri, ia menjadi kesalahan apabila terdapat pihak yang mengimport haiwan dengan menyatakan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan di bawah seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaa Malaysia 2011.

Jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas