Connect with us

Oh! Media

“Sedar-Sedar Terbaring Atas Jalan” Mangsa Tanah Runtuh Di Pahang Dedah Detik Kejadian

Oh! Tidak

“Sedar-Sedar Terbaring Atas Jalan” Mangsa Tanah Runtuh Di Pahang Dedah Detik Kejadian

Terdahulu, terjadi sebuah kejadian tanah runtuh di Jalan Sungai Palas menghala jalan utama Brinchang susulan hujan lebat pada Khamis lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tanah Runtuh, Jalan Terbelah Dua – Ini Antara Tragedi Yang Berlaku

Menurut Sinar Harian, seorang wanita maut tetimbus dalam runtuhan tanah manakala suami dan dua orang anak perempuannya terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Zulraime Seman berkata, mangsa, K.Vijaya, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Keadaan rumah mangsa ketika kejadian. (Sumber: Sinar Harian)

Tambahnya, hujan lebat selama dua jam dipercayai telah menyebabkan pergerakan tanah di bahagian atas hingga mengakibatkan rumah roboh dan dihayutkan air.

Mangsa tanah runtuh kongsi detik cemas

Menurut mangsa, dia yang ketika itu sedang tidur tidak mengetahui apa yang berlaku dan hanya menyedari dirinya sudah terbaring di luar rumah.

Saya tak tahu apa yang berlaku kerana sedang tidur, sedar-sedar sudah terbaring atas jalan bersama timbunan barang yang banyak.

Mangsa, R Kalaiarasi, yang merupakan seorang guru tadika antara dua yang terselamat dalam kejadian yang berlaku pada 3.30 petang.

R. Kalaiarasi (Sumber: Kosmo!)

Kalairasi berkata, dia terdengar bunyi yang sangat kuat seakan guruh sebelum kejadian dan hanya menyangka ia hanyalah hujan lebat biasa.

Baru sekejap saya terlelap dan sekelip mata semuanya berlaku. Kemungkinan kami semua tercampak ke jalan.

Ketika kejadian saya tidur di dalam bilik manakala kakak dan emak sedang berehat di bahagian ruang tamu

Berjaya tarik tubuh kakak

Tambahnya lagi, dia berjaya menarik keluar tubuh kakaknya yang berada di bawah timbunan di atas jalan kira-kira 15 meter dari lokasi rumah, namun tidak menemui kelibat ibunya.

Saya tarik kaki yang tersangkut ditimpa barang sambil menangis dan menjerit memanggil emak, tetapi tiada sahutan, sebaliknya kakak yang berada di bawah saya yang menyahut.

Saya bantu kakak untuk bangun dan kami segera berlari keluar ke tempat yang selamat kerana runtuhan tanah masih berlaku.

Menurutnya, hanya mereka bertiga sahaja berada di dalam rumah selepas bapanya keluar menyambung tugasan sebagai pemandu teksi.

Saya segera mencari bantuan dengan menahan sebuah kereta pelancong yang kebetulan melalui kawasan berhampiran untuk meminjam telefon bimbit dan menghubungi suami kakak.

Tambahnya lagi, terdapat seorang pekerja kebun warga Bangladesh yang menyedari kejadian itu dan berlari ke jalan utama untuk meminta pertolongan orang ramai.

Kredit: Sinar Harian I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top