Connect with us

Oh! Media

Sebar Berita Palsu, Antivaksin Perlu Dikenakan Tindakan Tegas

berita palsu

Trending

Sebar Berita Palsu, Antivaksin Perlu Dikenakan Tindakan Tegas

Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap antivaksin yang suka menyebarkan berita palsu di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dakwa Kumpulan Antivaksin Segera” – Khairy Jamaluddin

Apabila tiada sebarang tindakan, mereka bebas menyebarkan berita-berita palsu yang mampu menguasai minda masyarakat yang masih takut untuk mengambil suntikan vaksin.

Membanteras gerakan

berita palsu

Menerusi laman Sinar Harian, Pengerusi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata, tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat laporan polis terhadap golongan antivaksin yang menyebarkan berita palsu telah menunjukkan komitmen untuk menghalang gerakan tersebut.

Sebelum ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak atasan walaupun isu membabitkan gerakan yang dibuat ahli antivaksin dibangkitkan dan sudah membuat laporan polis.

Kenyataan yang tegas oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar amat dialu-alukan. Ia menunjukkan komitmen untuk membanteras disinformation yang menjejaskan kesihatan awam.

Carrrot and stick approach’ perlu seimbang. Walaupun maklumat yang sahih telah disampaikan, libat urus (engagement) telah diberikan kepada berbagai segmen dengan berbagai insentif (carrot approach), penguatkuasaan untuk mengekang sebaran maklumat palsu (stick approach) juga perlu ditekankan. – Dr Ahmad Firdaus

Katanya juga, pandemik Covid-19 adalah unik dan berbeza berbanding pandemik lain yang terjadi sebelum ini. Cabaran infodemik di mana maklumat tanpa batas yang masyarakat dapat membuatkan mereka sukar untuk menentukan sama ada maklumat tersebut palsu atau benar.

Media sosial tidak bertindak menyebarkan maklumat yang sahih dan benar. Sebaliknya, algoritma menentukan apa yang disajikan kepada pengguna adalah maklumat yang mereka mahu, bukannya yang mereka perlu. – Dr Ahmad Firdaus

Jadi, perlulah kita berwaspada dengan maklumat yang kita dapat dari media sosial. Apabila mendapat sesuatu maklumat, kaji dahulu sebelum berkongsi dengan orang lain. Kepada golongan antivaksin, berhentilah sebarkan maklumat palsu di media sosial.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas