Connect with us

Oh! Media

Sebanyak 20,000 Telefon Pintar Akan Diagihkan Kepada Ketua Isi Rumah B40 Di Perak

Trending

Sebanyak 20,000 Telefon Pintar Akan Diagihkan Kepada Ketua Isi Rumah B40 Di Perak

Ketua keluarga isi rumah B40 di negeri ini akan menerima telefon pintar seawal bulan depan bagi memudahkan program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS).

ADVERTISEMENT

Datuk Saarani Mohamad iaitu Menteri Besar Perak berkata, pemberian berkenaan bertujuan membantu keluarga tidak berkemampuan yang memerlukan telefon pintar untuk mengakses internet bagi membantu pembelajaran anak-anak mereka.

Tambahnya, perbincangan antara kerajaan negeri Perak dengan yayasan mengenai sumbangan telefon pintar itu telah diadakan sejak tiga minggu yang lalu dan dijangka akan dibuat keputusan minggu hadapan.

TCS ini hanya nama program, kita akan buat program motivasi keibubapaan, motivasi pelajar dan perkhemahan dalam cuti untuk pelajar. Ini hanyalah idea, keputusan muktamad bergantung kepada sesi sumbang saran berkenaan

Beliau berkata demikian selepas Program Pecutan Akhir-Kelas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan.

Dalam masa yang sama, walaupun sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula bulan hadapan, kerajaan negeri tetap meneruskan program pemberian alat peranti di bawah TCS untuk kegunaan jangka panjang.

Sementara itu, TCS yang dilancarkan pada 3 Februari lalu, ia merangkumi inisiatif dan bantuan membabitkan tuisyen dan kelas tambahan, bantuan khas makanan, program latih tubi menjelang peperiksaan, seminar menjawab soalan peperiksaan serta penyediaan bahan mengajar yang berasaskan video khusus untuk pelajar daripada keluarga B40.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas