Connect with us

Oh! Media

Sebak Tak Dapat Jadi Anggota Polis, Lelaki Dakwa Kena ‘Reject’ Gara-Gara Ada Parut?

Trending

Sebak Tak Dapat Jadi Anggota Polis, Lelaki Dakwa Kena ‘Reject’ Gara-Gara Ada Parut?

Umum mengetahui, menjadi sebahagian daripada anggota polis bukanlah perkara yang mudah oleh kerana setiap individu perlu menjalani pelbagai ujian dan pemeriksaan bagi menilai tahap ketersediaan seseorang.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Pada Bayi, Polis Jalankan Siasatan

Hal itu kerana jawatan tersebut bukanlah perkara yang perlu dipandang rendah, masyarakat perlu bersedia dalam segi fizikal dan mental oleh kerana perlu menggalas tanggunjawab yang besar sebagai anggota polis.

Lelaki luah rasa sedih, ditolak jadi anggota polis gara-gara parut?

Bagaimanapun, terdapat sebuah perkongsian daripada seorang lelaki yang berasa terkilan selepas dirinya tidak diterima untuk menjadi anggota polis.

Hal itu selepas lelaki tersebut mendakwa dia ditolak serta merta oleh kerana mempunyai kesan parut pada bahagian tangan sebelah kiri sehingga mendapat perhatian daripada ramai pihak.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, dia pada awalnya berasa gembira selepas menerima surat tawaran bagi menjalani latihan praktikal di sebuah pusat latihan polis dipercayai di Negeri Sembilan.

Menurutnya, menjadi seorang anggota polis merupakan impiannya sejak dari dahulu lagi dan dia dilihat terus melakukan pelbagai persiapan seperti menurunkan berat badan dan menjalani latihan stamina oleh kerana terlampau teruja.

Selain itu, dia juga turut menunjukkan hasil senaman yang dilakukan iaitu penurunan berat badan dari 78 kilogram (kg) sehingga 73.2 kg walaupun terpaksa berhadapan dengan kesakitan.

@haziqrazali98 Its end here. Tidak akan mohon lagi. Saya dah usaha mana yang mampu, bukan rezeki saya sebab ada parut timbul kecil🥺 #inspektor #ya13 #fizikal #gagal ♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen

Bagaimanapun, hasil penat lelah serta usahanya selama ini dilihat sia-sia selepas gagal menempatkan diri dalam jabatan kerajaan itu gara-gara parut yang dia ada.

Tapi sayang saya gagal sebab ada parut timbul yang sedikit. Maka berakhirlah perjalanan dan segala usaha saya untuk Jabatan Kerajaan yang paling saya hormati sangat-sangat.

Allah sahaja yang tahu sedih hati ini. Tapi apakan daya, mak ayah saya bukan siapa-siapa.

Menerusi video tersebut, dia dilihat tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih serta hibanya walaupun mengakui dirinya bersungguh-sungguh untuk berkhidmat untuk negara.

Hari ini lah hari yang paling sedih dalam hidup. Rugi PDRM sebab tolak orang betul-betul tulus dan sungguh nak berkhidmat.

Dalam pada itu, dia juga turut menunjukkan kesan parut tersebut selain mengakui ia terjadi angkara terlibat dalam kemalangan kecil dan tidak mengalami kecederaan serius seperti patah tulang.

@haziqrazali98 Reply to @weh.rizzzzzzzz Bukan patah pon. cuma saya kena langgar masa bawa moto dari belakang. Sedih betul seban tu je gagal 🥺 #harapmembantu ♬ bunyi asal – Helmy_Zizan – Helmy_Zizan👮‍♂️

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati akan nasib yang menimpa individu tersebut selain berharap agar dirinya tidak mengalah dalam mencapai cita-citanya.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta jumlah tontonan serta mendapat 74,300 tanda suka.

Kredit: TikTok Haziqrazali98

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas