Connect with us

Oh! Media

“Sebab Kalau Tak Makan Lain Cerita” – Pelanggan India Kecewa Staf Bagi Burger Daging Percuma

Oh! Tidak

“Sebab Kalau Tak Makan Lain Cerita” – Pelanggan India Kecewa Staf Bagi Burger Daging Percuma

Baru-baru ini tular satu video di TikTok berhubung isu seorang pelanggan berbangsa India termakan burger daging yang diberikan secara percuma oleh staf di sebuah restoran fast food.

ADVERTISEMENT

BACA: Kerajaan Beri Pampasan RM57k Kepada Pasangan Vlogger Mangsa R*gol 8 Lelaki Di India

Menerusi video tersebut, pelanggan itu meluahkan rasa kecewa selepas menerima burger percuma yang berasaskan daging kerana menganggap pemberian itu tidak sensitif kerana mereka tidak dibenarkan memakan daging lembu atas larangan agama.

Disebabkan tidak berpuas hati, pelanggan penganut agama Hindu itu bersemuka dengan pekerja restoran berkenaan.

Jadi macam mana cara kamu nak selesaikan perkara ini? Sebab kalau tak makan lain cerita, ini dah makan.

Beef burger, macam mana awak boleh bagi saya? Saya orang India.

https://www.tiktok.com/@teivakulantey4/video/7377020509252226320?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7348300602684425736

Di dalam video itu, pekerja tersebut dilihat memohon maaf kepada pelanggan tersebut dan menjelaskan mereka hanya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh syarikat.

Menjengah ruangan komen, pelanggan itu mendakwa dia telah membuat pembelian secara pandu lalu dan rata-rata netizen mempersoalkan adakah dia tidak membaca tag di pembalut burger itu.

Pekerja tu mungkin terlepas pandang sampai bagi burger daging tu. Apapun semoga perkara ini selesai dengan baik lah ye.

Kredit: TikTok

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas