Connect with us

Oh! Media

‘Minta Maaf, Jaga Diri’ – Tulisan Terakhir Ayah Sebelum Koma & Meninggal Dunia

Trending

‘Minta Maaf, Jaga Diri’ – Tulisan Terakhir Ayah Sebelum Koma & Meninggal Dunia

Bila seseorang meninggal dunia, mesti kita akan teringat apa yang dia katakan kepada kita sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, apatah lagi dari orang tersayang. Sayu hati apabila mendengar satu kata-kata terakhir seorang lelaki yang meninggal dunia akibat Covid19 kepada isteri dan anak-anaknya.

ADVERTISEMENT

Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua. 

tulis arwah pada dua helai kertas.


Allahu, umpama Arwah dapat rasakan yang dia akan pergi. Ini merupakan pesanan Arwah yang ditulis dan telahpun dikongsikan oleh anaknya iaitu Syafiqa Humairak menerusi akaun Facebooknya. 

Apa yang menyedihkan, ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil kertas pesanan terakhir ayahnya itu sebab takut mengandungi virus Covid19. Menurut laporan Harian Metro, ayahnya itu telah menghidap penyakit buah pinggang sebelum disahkan positif Covid19 Khamis lalu.

Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif (selepas dimasukkan ke hospital). Keadaannya juga bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomakan, Isnin lalu.

Abah menulis nota itu sebelum dikomakan. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan

Kesemua ahli keluarga Syafiqa juga disahkan positif Covid19 kecuali dirinya kerana dia tinggal jauh dari keluarganya. Walaubagaimanapun, Syafiqa dibenarkan hadir ke majlis pengebumian ayahnya tapi hanya boleh melihat dari jauh sahaja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pesanan terakhir ayah sebelum meninggal dunia di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas