Connect with us

Oh! Media

“Saya Suka Jumpa Anti Monarch Ni” – Disindir Fahmi Reza, TMJ Ajak Jumpa

Trending

“Saya Suka Jumpa Anti Monarch Ni” – Disindir Fahmi Reza, TMJ Ajak Jumpa

Pereka grafik dan aktivis yang sering terpalit dengan kontroversi, Fahmi Reza dilihat menyindir pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail selepas satu posting grafik dibuatnya dimuat naik semula oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Berdrama” – Tengku Hassanal Mohon Maaf, Arah Polis Henti Siasat Aktivis Tegur Kelewatan

Sindiran dibuat Fahmi itu membuatkan Tunku Mahkota Johor menghantar satu hantaran mesej kepada Fahmi dan berharap agar dapat berjumpa dengan aktivis berkenaan.

TMJ dah ‘unblock’ Fahmi

Menerusi satu ciapan yang dibuatnya, TMJ menyatakan bahawa baginda suka untuk bertemu dengan golongan yang digelar anti-monarch dan berharap agar dapat bertemu dengan Fahmi.

Maaf, harap kita dapat jumpa. Saya suka jumpa anti monarch ni semua. Menarik.

Maaf saya punya admin block awak. Saya dah suruh unblock. Dulu nak ajak jumpa taknak.

Fahmi tak mahu berjumpa

Walaubagaimanapun, pelawaan dibuat TMJ itu ditolak pereka grafik berkenaan kerana bimbang akan dilabel sebagai seorang yang mengampu sekiranya bertemu pemangku Raja Johor itu.

Saya lebih senang kekal sebagai seorang aktivis yang independen. Harap kamu faham kenapa saya tolak jemputan kamu. Kalau kita berjumpa, saya takut akan dilabel ‘b*ru* TMJ’ lah pulak nanti.

Dan terima kasih sebab dah suruh admin unblock. Kita boleh sembang kat Twitter je.

Untuk info, Fahmi sebelum ini pernah ditahan polis berhubung karikatur monyet berpakaian kuning yang dimuatnaik di akaun Facebok miliknya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas