Connect with us

Oh! Tidak

“Saya Sangkakan Ada Orang Bagi Makanan Ringan Itu” – Pemilik Kebun Gantung Keropok Beracun Tepi Pagar

Siapa sangka pemilik kebun akan gantung keropok beracun di tepi pagar? Difahamkan kini, dua kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal disebabkan oleh makanan ringan itu.

BACA: Terlanjur Dengan Adik Ipar Hingga Hamil, Lelaki Ini Sanggup Racun Isteri Sebab Tak Bagi Kahwin Lain

IKLAN

Menurut laporan Berita Harian, nenek kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan 3 tahun meluahkan rasa kesal dengan tindakan pemilik kebun berkenaan.

Katanya, dua beradik itu seronok membawa dua bungkusan makanan ringan diikat dengan tali ketika mengikut datuk mereka ke kebun untuk mencari lembu.

Saya sangkakan ada orang bagi makanan ringan itu kepada mereka kerana nampak mereka seronok sangat sebelum saya keluar ke kebun getah berhampiran.

Waktu tu saya tak nampak mereka makan kerana dua beradik itu terus masuk ke dalam bilik ibunya yang ketika itu sedang tidur kerana baru pulang kerja malam.

Tak lama selepas itu, dia ternampak sebuah ambulans ke kawasan rumah dan terkejut lepas diberitahu cucunya telah dibawa ke klinik oleh jiran.

Saya nampak dua bungkusan makanan ringan itu sudah terbuka di bahagian tengah dan hanya tinggal baki tiga keping dan mengesyaki mereka sudah makan keropok itu.

Menggelupur diserang sawan, doktor tak bagi harapan boleh sembuh

Datuk kepada dua beradik itu berkata racun dalam keropok itu berkemungkinan bukan racun tikus tapi lebih kuat yang selalu digunakan untuk menangkap monyet.

Saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana pemilik kebun itu menggantung makanan ringan itu di tepi pagar berdawai di tempat yang rendah dan mampu dicapai dua cucu.

Lebih menyedihkan, ibu kepada dua beradik itu memberitahu doktor tak berikan harapan untuk anak sulungnya sembuh.

Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah ‘teruk’.

Sementara itu, ibunya mendedahkan anak keduanya masih koma selepas menjalani CT Scan dan meminta untuk orang ramai mendoakan kesembuhan mereka.

Jap!


Baca respon pembaca di Facebook & Telegram Oh! Media.
Rujukan: Berita Harian


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas