Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan Lelaki, Tapi Wanita Tulen” – Warga Emas Perlu Bercukur Dua Kali Seminggu

Oh! Tidak

“Saya Bukan Lelaki, Tapi Wanita Tulen” – Warga Emas Perlu Bercukur Dua Kali Seminggu

Seorang warga emas wanita mempunyai misai dan janggut yang lebat buatkan dirinya terpaksa bercukur sebanyak dua kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, Che Halimah yang kini berusia 62 tahun mengatakan bahawa hidupnya telah dibelenggu masalah ini sejak usia awal 20-an lagi. Kenapa jadi macam ni? Menurut warga emas ini, dia telah berjumpa dengan pakar dan doktor mengesahkan bahawa dirinya mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.

Menurutnya lagi, dia perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang lain dan keadaan kini semakin teruk apabila dia diserang angin ahmar yang menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan pada sebelah kiri. Allahu, kesiannya.

Walaubagaimanapun, Halimah yang sudahpun bercerai dua kali dan tidak mempunyai anak kini tinggal bersama adik dan isteri yang sanggup menjaga makan minumnya. 

Saya bukan lelaki, tapi wanita tulen. Misai dan janggut saya, isteri adik yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki.

Korang tak rasa apa yang dia rasa! Apapun, semoga Che Halimah terus tabah sekiranya ada individu yang mengata tentang masalahnya itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top