Connect with us

Oh! Media

“Saya Bersuara Sebab Nak Beri Kesedaran, Bantu Mangsa Lain”- Pandelela

pandelela rinong

Oh! Tidak

“Saya Bersuara Sebab Nak Beri Kesedaran, Bantu Mangsa Lain”- Pandelela

Baru-baru ini, dunia sukan Malaysia dikejutkan dengan pendedahan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai lawak berbaur lucah oleh seorang jurulatih. Pandelela mendakwa lagi, dia pernah dibuli gara-gara menegur sikap individu itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Pandelela Dedah Jurulatih Kerap Buat Lawak Lucah, Kini Didakwa Kes Rogol?

Namun, timbul pula persoalan mengapa dia bertindak mengeluarkan kenyataan di media sosial setelah sekian lama kejadian itu berlaku.

Menurut atlet ini, dia berkongsi pengalaman buruk itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam. Dia juga mahu memberi sokongan kepada mangsa gangguan seksual yang masih dalam dilema untuk bersuara.

Jelasnya lagi, orang lain mungkin akan lupa mengenai kejadian buruk itu tetapi mangsa tidak. Ratu terjun ini menegaskan, dia menyokong penuh kempen kesedaran mengenai lawak rogol dalam kalangan masyarakat.

Dia berharap, generasi akan datang lebih berani untuk bersuara dan tidak menjadi sepertinya.

Apa-apa pun, diharapkan mana-mana pihak yang terbukti bersalah dikenakan tindakan sewajarnya agar kejadian tidak berulang lagi.

Kredit: Twitter Pandelela Rinong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas