Connect with us

Oh! Media

“Saya Amat Terasa..” – Chong Wei Sedih Terima Komen Negatif Netizen

Oh! Tidak

“Saya Amat Terasa..” – Chong Wei Sedih Terima Komen Negatif Netizen

Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menzahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif yang diberikan netizen kepada pemain badminton negara melalui dalam talian.

ADVERTISEMENT

Hal itu berhubung dengan kekalahan pemain badminton negara iaitu beregu campuran dan pasangan beregu wanita yang terpaksa akur dengan kekalahan dalam dua perlawanan sekaligus tersingkir daripada menuju ke suku akhir.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Peng Soon dan Liu Ying gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan kumpulan D selepas tewas dengan wakil pasangan Hong Kong dan pasangan Jerman.

Chong Wei sedih terima komen negatif dalam talian
Aksi pasangan beregu campuran negara Goh Liu Ying (kiri) dan Chan Peng Soon. (Sumber: Harian Metro)

Pasangan beregu wanita, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean turut menghadapi nasib yang sama apabila turut tewas dalam dua perlawanan dalam kumpulan A ketika menentang wakil daripada pasukan Indonesia dan Jepun.

Sedar akan kecaman yang dilemparkan dalam talian itu, Datuk Lee Chong akui berasa kecewa dengan jumlah komen negatif terhadap pemain badminton negara selepas mereka tewas dalam perlawanan mereka di Tokyo.

Saya amat terasa… Apa yang mahu saya katakan ialah, saya kenal mereka. Mereka turun ke gelanggang dengan hanya satu tujuan, satu sasaran. Untuk menang perlawanan demi bendera di dada, untuk buatkan kita bangga.

Tiada atlet yang mahu kalah. Tetapi itu lah kenyataan, setiap perlawanan, pasti ada yang kalah, ada yang menang. Kadang-kadang ia bukan hari kita.

Yang layan depan TV pun dah kena sakit dada dan kecewa, apatah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah kita sepatutnya terus menyokong mereka?

Pemenang pingat perak Olimpik badminton berseorangan lelaki tiga kali itu berkata, tiada pemain badminton yang beraksi mahukan kekalahan dan Chong Wei menasihati agar terus menyokong mereka dan Malaysia walaupun di saat menang atau kalah.

Kalah atau menang, kita perlu memberikan sokongan terhadap pasukan Malaysia. Semoga kontinjen negara mampu meraih pingat dalam Olimpik Tokyo dan mengharumkan nama Malaysia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top