Connect with us

Oh! Media

Satu Lagi Kes Dilaporkan & Kali Ini Melibatkan Jururawat Wanita

Oh! Tidak

Satu Lagi Kes Dilaporkan & Kali Ini Melibatkan Jururawat Wanita

Satu lagi kes melibatkan pendakwah selebriti dilaporkan hari ini dan kali ini laporan datang dari seorang jururawat.

BACA: 5 Lagi Wanita Tampil Buat Laporan Jadi Mangsa Suspek

Wanta berusia 26 tahun itu dikatakan bekerja sebagai seorang jururawat swasta di Kuala Lumpur dan mendakwa menjadi mangsa suspek pada Disember tahun lalu selepas berkenalan sejak Mac 2018, lebih kurang 1 tahun lebih.

Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan. Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut. – Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin.

Untuk maklumat korang, setakat hari ini sebanyak 9 laporan polis telah diterima dan ia atas dakwaan yang sama.

Setakat ini, hasil siasatan polis mendapati modus operandi suspek adalah dengan berkenalan dengan mangsa di media sosial sebelum berpura-pura mengajak keluar makan hingga membawa pulang ke rumahnya.

Suspek juga disambung reman lima hari lagi sehingga hari Jumaat ini selepas laporan demi laporan diterima.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top