Connect with us

Oh! Media

“Pengundi PH Tak Pernah Minta Walaupun 10 Sen” – Sanusi Kecewa Penyokong PN Tuntut Duit Balik Mengundi

Trending

“Pengundi PH Tak Pernah Minta Walaupun 10 Sen” – Sanusi Kecewa Penyokong PN Tuntut Duit Balik Mengundi

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir penyokong parti itu yang dikatakan meminta duit untuk pulang mengundi.

ADVERTISEMENT

BACA: “PAS Tak Ada Duit Nak Bagi” – Tular Video Tunjuk Orang Ramai Bersesak Depan Pejabat, Sanusi Nafi Beri Duit Pada Pengundi

Sanusi yang ditemui Harian Metro memaklumkan, perbuatan tersebut amatlah memalukan kerana penyokong parti lawan terutamanya Pakatan Harapan (PH) tidak pernah meminta duit meskipun mereka pulang dari luar negara.

Pengundi PH tidak pernah minta walau pun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara. Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.

Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa (anda) RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu. Kawan tu balik habis puluh ribu, sekupang dia tak minta pasai dia tau penting tanah ini untuk dikuasai.

Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, tak bagi (ugut) tak mau balik dah. Hang bodoh, negeri ini orang nak amik dah.

Tambah Menteri Besar Kedah itu lagi, sikap berkira seperti itu tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan pengundi PN.

Ini tidak lagu (macam) kita ni, patutlah kita kena jajah teruk, patut kemenangan kita dirampas begitu sahaja pasai (kerana) kita ini bangsa berkira, taik hidung masin.

(Ada pengundi PH) balik daripada Australia satu keluarga RM40,000 berhabis, dia undi PH, bukan duduk sini pun tak berkira pun, tak ada buat video apa.

Terdahulu, tular mengenai satu video di media sosial memaparkan Sanusi yang begitu berang dan kecewa terhadap segelintir penyokong PN yang dikatakan menuntut wang pulang mengundi daripada parti itu.

@misai313 Teruknya ucapan seorang MB yang kata penyokong sendiri kedekut taik hidung masin #pakatanharapan ♬ original sound – misai313

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas