Connect with us

Oh! Media

Sangkakan Makan Budu Punca Batuk, Rupanya Warga Emas Ini Positif

Trending

Sangkakan Makan Budu Punca Batuk, Rupanya Warga Emas Ini Positif

Pelbagai gejala yang akan dihadapi oleh pesakit sebelum mereka dapat mengetahui terkena jangkitan wabak Covid-19. Itulah yang berlaku kepada bekas salah seorang warga emas, Maimunah Dolah,72 yang juga bekas pesakit Covid-19.

ADVERTISEMENT

Saya sangkakan batuk teruk disebabkan gemar makan budu tapi rupanya ia gejala Covid-19.

Menurut warga emas yang berasal dari Kampung Pulau Seratus, dia diserang demam beberapa hari selepas Aidilfitri lalu sebelum batuk berterusan.

Saya ingatkan sebab banyak makan budu tapi ia datang dengan demam yang membuatkan tubuh berasa lemah dan tidak bermaya.

Beberapa hari selepas itu, kami penduduk di gugusan pulau di sini diarahkan menjalani ujian calitan di sebuah sekolah tapi saya tidak larat langsung untuk bangkit menyebabkan petugas kesihatan terpaksa datang membuat ujian di rumah sebelum saya disahkan positif Covid-19.

Tambahnya, dia kemudian dijemput oleh petugas kesihatan dengan menaiki bot menuju ke tanah besar untuk dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa untuk dikuarantin.

Maimunah yang baru tamat tempoh kuarantin semalam ditemui di Jeti Kok Majid selepas dihantar ambulans dan menaiki bot pasukan bomba untuk dibawa pulang ke rumah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas