Connect with us

Oh! Media

Sanggup Tipu Surat Kebenaran Operasi, Dua Kilang Dikompaun

Trending

Sanggup Tipu Surat Kebenaran Operasi, Dua Kilang Dikompaun

Taktik kotor yang dilakukan oleh dua kilang yang sanggup menipu dengan melampirkan surat kebenaran operasi lama beserta surat mengisytiharkan kilang memproses barangan keperluan yang kenyataannya mereka menjalankan operasi pengeluaran barangan bukan keperluan akhirnya ditangkap dalam operasi mengejut pihak polis malam tadi.

ADVERTISEMENT

Kilang yang terletak di Sungai Petani iaitu Kilang kitar semula logam dan kayu arang dikesan beroperasi dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa sekaatan pergerakan penuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata, operasi yang dijalankan pada pukul 10 malam itu disertai oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Muda bersama pegaeai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Muda.

Hasil daripada pemeriksaan, kilang terbabit beroperasi secara haram ketika sekatan pergerakan penuh dan memberi alasan kilang tidak beroperasi, padahal terang-terang kepulan asap dilihat di kawasan itu

Kejadian itu menyebabkan pemilik kilang itu dibawa ke balai polis berhampiran dan dikeluarkan kompuan terhadapnya berjumlah RM10,000.

Adzli berkata, pemeriksaan kedua di sebuah kilang berhampiran lokasi pertama pula mendapati pintu utama kilang pengeluaran arang kayu itu terkunci dari dalam menyebabkan anggota polis terpaksa memanjat pagar tersebut bagi melihat keadaan di dalam kilang berkenaan sebelum pekerja kilang tersebut membukanya.

Hasil pemeriksaan mendapati kilang itu dipercayai sedang beroperasi dan hasil semakan mendapati ia adalah kilang pengeluaran arang kayu yang juga bukan kilang barangan keperluan yang dibenarkan.

Pihak polis bertindak mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada pemilik kilang tersebut akibat melanggar SOP dan tidak jujur memohon surat kebenaran operasi selepas pemeriksaan mendapati surat kebenaran operasi kilang tersebut adalah surat untuk memproses minyak dan gas.

Walaubagaimanapun, 13 pekerja asing di kilang tersebut tidak ditahan oleh kerana semua mempunyai pasport dan dokumen yang sah dan hanya mengambil tindakan kepada pemilik kilang mengikut Peratutan 16 Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Selain melanggar SOP, kilang kedua itu turut diambil tindakan oleh JTK dan DOSH kerana gagal mendapatkan perakuan dari pihak jabatan dan gagal mendaftar dengan jabatan DOSH.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas