Connect with us

Oh! Media

Sanggup Langgar SOP Hanya Untuk Dapatkan Kasut Yeezy BOOST 350 V2

COVID-19

Sanggup Langgar SOP Hanya Untuk Dapatkan Kasut Yeezy BOOST 350 V2

Tak sangka pada waktu dunia masih diancam wabak Covid-19, manusia di luar sana masih berani untuk menghiraukan semua ancaman ini semata-mata untuk memuaskan hati mereka.

ADVERTISEMENT

Ohmedia maksudkan dengan kejadian yang berlaku di negara jiran kita, Singapura apabila orang ramai sanggup bersesak-sesak semata-mata untuk dapatkan kasut keluaran Adidas. Tak sangka pula orang masih berebut untuk dapatkan kasut jenis Yeezy erk?

Ini semua bermula bila Adidas mengeluarkan kembali model terkenal Yeezy BOOST 350 V2 ‘Bred’ pada kuantiti terhad di seluruh dunia dan Foot Locker di Orchard Gateway, Singapura menjadi antara butik kasut yang berjaya membawa masuk model ini kepada umum.

Kasut ini hanya akan dijual pada 5 Disember 2020 lalu, tapi apa yang menjadi masalah adalah bila ratusan manusia sudah mula beratur sehari sebelum tarikh tersebut. Apa yang mengecewakan adalah bila semua orang yang datang menghiraukan SOP dan orang ramai mula berasa risau sekiranya berlaku gelombang seterusnya di Singapura.

Bertindak pantas dengan perkara ini, pihak berkuasa Singapura telah mengarahkan penutupan selama 10 hari bagi premis Foot Locker kerana gagal mengawal keadaan.

Apapun, Malaysia mengambil langkah yang lebih bijak apabila kasut Yeezy BOOST 350 V2 ‘Bred’ hanya boleh didapatkan secara online pada harga RM990. Bangga jadi rakyat Malaysia.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas