Connect with us

Oh! Media

Bengang Cinta Terhalang, Lelaki Bakar Kereta Bakal Abang Ipar

Trending

Bengang Cinta Terhalang, Lelaki Bakar Kereta Bakal Abang Ipar

Gara-gara cinta terlarang seorang lelaki sanggup membakar kereta milik seorang jurutera di Taman Menara Maju pada Selasa lepas.

ADVERTISEMENT

Lebih mengejutkan apabila punca sebenar kejadian adalah disebabkan mangsa telah menghalang cinta suspek bersama adik perempuannya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan berkata, kejadian itu pada mulanya disedari oleh mangsa pada jam 2.30 pagi selepas jirannya memaklumkan telah ternampak suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios telah membakar kereta miliknya jenis Honda City.

Hasil laporan yang dibuat pengadu yang berusia 25 tahun itu, suspek telah berjaya ditahan kira-kira jam 7 petang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada hari yang sama.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios untuk tindakan lanjut. – Katanya kepada Sinar Harian.

Hasil daripada soal siasat yang dijalankan, suspek dikatakan telah mengaku bertindak sebegitu kerana tidak berpuas hati dengan pengadu (mangsa).

Suspek juga mendakwa bahawa dirinya telah dihalang dan dimarahi oleh pengadu kerana bercinta dengan adik perempuanya..

Suspek juga mendakwa dia bukan diupah oleh mana-mana geng kongsi gelap dan tindakan membakar kereta itu hanya kerana tidak berpuas hati dengan pengadu. – Katanya.

Kes masih lagi dalam siasatan dan suspek  kini direman selama lima hari sehingga 3 April untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas