Connect with us

Oh! Media

Sampah Banjir Punca Berlaku Jangkitan- Pakar Kesihatan

pakar kesihatan

Trending

Sampah Banjir Punca Berlaku Jangkitan- Pakar Kesihatan

Keadaan banjir di Malaysia sekarang ini membimbangkan pakar kesihatan awam kerana jangkitan kuman seperti taun mungkin akan berlaku jika timbunan sampah banjir tidak dibersihkan.

ADVERTISEMENT

BACA: 17 Sah Terkorban Akibat Banjir Di Selangor

Menerusi laporan Sinar Harian, Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun menyatakan jangkitan kuman boleh menyebabkan cirit-birit, muntah dan kekeringan atau dehidrasi.

Banjir menjadi hotspot binatang

pakar kesihatan

Dr Hanafiah memberitahu, sampah banjir akan menjadi hotspot buat binatang seperti tikus, dan menjadi punca penyakit kencing tikus berlaku.

Longkang dan saliran juga akan tersumbat jika sampah sarap di kawasan banjir tidak dibersihkan dengan kadar yang segera.

Bila tersumbat, air akan bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes punca demam denggi.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) harus bekerja lebih masa untuk membersihkan sampah bertimbun di sana sini di kawasan terbabit.

Semoga tabiat bermain dengan air banjir dapat dielakkan untuk mengelakkan rakyat terkena penyakit yang tidak diingini. Sentiasa jaga kebersihan dan jaga keselamatan anda selama musim hujan dan banjir berlaku ya!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas