Connect with us

Oh! Media

Salai Kanda Gunakan 100% Tempurung Kelapa Untuk Aroma Asap Wangi & Sedap

Branded

Salai Kanda Gunakan 100% Tempurung Kelapa Untuk Aroma Asap Wangi & Sedap

Siapa peminat masakan salai? Paling suka bila dapat bau aroma asap salai sebab ia buatkan selera makan membuak-buak. Tapi itulah, zaman sekarang susah nak sediakan makanan warisan salai ni dekat rumah. Lagi-lagi kalau duduk dekat bandar, mengamuk jiran sebelah, atas dan bawah nanti sebab berasap. Kah!

Jadi, Ohmedia nak kongsikan satu cara untuk pastikan korang dapat masak sendiri masakan salai ni dekat rumah dengan lebih mudah, jimat dan berbaloi.

Untuk pengetahuan korang, Salai Kanda ada menyediakan pelbagai jenis daging salai yang terdiri daripada ayam kampung salai, daging salai, keli salai, itik salai dan puyuh salai. Semua ini telah siap disalai dan dipaketkan untuk memudahkan kerja ibu-ibu diluar sana untuk terus masak gulai kegemaran suami dan keluarga.

Menariknya, daging salai yang dijual Salai Kanda ini siap dibersihkan sebelum disalai, dihiris nipis dan dibungkuskan mengikut kuantiti sedia masak. Jadi, tak perlulah bergegas pulang untuk menyahbeku, memotong dan merebus daging sehingga empuk. Boleh masak terus, tengoklah tu keli salai masak lomak. Perghh!!

Lebih unik lagi, Salai Kanda menggunakan 100% tempurung kelapa untuk menghasilkan aroma asap salai yang lebih wangi dan disalai selama lebih 4 jam bagi memastikan juadah masakan lebih enak.

Apa yang lebih penting, Salai Kanda adalah keluaran 100% bumiputera muslim dan bekalan ikan keli juga diperoleh dari pengusaha muslim tempatan, ikan tidak hanyir dan diyakini kebersihannya.

Sempena Hari Malaysia pada 16 September ini juga, Salai Kanda ada buat promosi Daging Salai serendah RM16.90/sepeket (harga pasaran RM20) sehingga 30 September 2020. Jadi, korang boleh terus tekan link whatsapp ni https://wa.me/p/2830312893751715/60173237404 atau terus ke Pasar Taman Ser Gombak (Gerai 19).

Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi ke Facebook Salai Kanda atau Instagram @salai_kanda.

+ Baca respon pembaca yang suka dengan masakan salai di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas