Connect with us

Oh! Media

Salah Guna Platform Kitajaga.co, Individu Dikecam Minta Benda Mengarut

Trending

Salah Guna Platform Kitajaga.co, Individu Dikecam Minta Benda Mengarut

Baru-baru ini tular sebuah platform yang bernama Kitajaga.co yang memudahkan orang ramai atau para bantuan untuk mengenalpasti kedudukan rakyat yang memerlukan bantuan. Ia juga dapat mengesan dengan lebih tepat di mana masyarakat yang mengibarkan bendera putih sekaligus selepas mereka menanda lokasi mereka pada platform tersebut. Namun, platform itu hanyalah untuk golongan yang memerlukan dan bukan digunakan hanya sekadar suka-suka.

ADVERTISEMENT

Terjadi perkara yang serupa apabila terdapat beberapa individu yang menyalahgunakan platform tersebut dengan meminta perkara yang bukan-bukan. Perkara itu seakan-akan memberikan penghinaan terhadap masyarakat yang terjejas semasa pandemik serta menyusahkan kerja individu yang ingin menyampaikan bantuan.

Tular di media sosial twitter baru-baru ini sebuah tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama @pedoqpop memaparkan dua individu yang seakan-akan mempersenda golongan yang meminta bantuan dengan meminta barangan yang tidak masuk akal.

Melalui tangkap layar itu juga, seorang individu bertindak meminta sebuah telefon pintar berjenama Iphone 12 Pro Max manakala seorang lagi meminta untuk diberikan durian Musang King.

Individu salahguna Kitajaga.co

Berhubung dengan perkara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan dua individu tersebut selain turut menyifatkan bahawa tindakan mereka seakan-akan menghina golongan yang memerlukan bantuan serta ia bukanlah perkara kelakar yang boleh dibuat main.

Terdapat juga netizen yang memberikan pendapat agar individu yang menyalahgunakan platform itu untuk sekadar main-main supaya bertindak agar nama mereka disenarai hitam daripada menggunakan platform itu supaya perkara seperti ini tidak lagi berulang.

Namun, bagaikan sebuah trend apabila terdapat juga netizen yang berkongsikan tangkap layar ke atas kejadian serupa memaparkan individu lain yang turut meminta perkara yang mengarut sehingga melecehkan penggunaan platform itu. Perkara tersebut jelas membuatkan netizen terkilan dengan sikap individu-individu tersebut.

Kredit: @pedoqpop I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas