Connect with us

Oh! Media

Salah Beli Kepak Ayam, Seorang Anak Tembak Bapa Kerana Kecewa

kepak ayam

Trending

Salah Beli Kepak Ayam, Seorang Anak Tembak Bapa Kerana Kecewa

Kejadian di Utah Amerika Syarikat, seorang anak lelaki telah menembak bapanya sendiri gara-gara tidak suka akan kepak ayam yang dibawa pulang oleh bapanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Setahun Tak Bertemu, Tangisan Anak Disamping Bapa Buat Netizen Sebak

Menerusi laporan Kosmo, Alika Unaga Suliafu, 31, telah bertengkar dengan bapanya kerana tidak puas hati dengan pembelian ayam kepak yang tidak memenuhi cita rasanya.

Bapa merayu agar tidak menembaknya

kepak ayam

Hanya kerana kepak ayam, seorang anak telah mengacukan pistol terhadap bapanya yang merayu-rayu memohon agar dia tidak menembaknya.

Apabila suspek mendapati hidangan kepak ayam itu bukan daripada jenis yang disukainya, dia menjadi kecewa dan mula bertengkar dengan bapanya.

Tembakan pertama lelaki itu berjaya dielak oleh bapanya dan menembusi dinding dapur jirannya. Suspek telah melepaskan dua lagi das tembakan yang terkena syiling rumah semasa bergelut dengan bapanya.

Bapa kepada lelaki ini selamat dan mengalami kecederaan pada anggota badannya. Lelaki itu berjaya ditangkap oleh pihak polis walaupun sempat melarikan diri. Dia kini telah dipenjarakan atas kesalahan cubaan membunuh dan jenayah senjata api.

Hanya kerana ayam, seorang anak sanggup mencederakan ayahnya. Dunia kini dah jadi semakin pelik dengan sikap pelik manusia yang semakin menjadi-jadi. Semoga kita dijauhkan daripada golongan manusia seperti ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas