Connect with us

Oh! Media

Ryan Giggs Bakal Dipenjara 5 Tahun?

Trending

Ryan Giggs Bakal Dipenjara 5 Tahun?

Ryan Giggs yang merupakan salah seorang lagenda Manchester United dikatakan boleh dipenjara selama 5 tahun selepas didakwa melakukan kekerasan dengan menyerang dua orang wanita.

ADVERTISEMENT

Dakwaan tersebut berlaku selepas Giggs terlibat dalam pergaduhan dengan bekas teman wanitanya iaitu Kate Greville di kediamannya.

Pengurus kebangsaan Wales yang berumur 47 itu bagaimanapun menegaskan kepada polis bahawa beliau akan tidak mengaku bersalah di mahkamah selepas dia dibawa ke balai polis Swinton untuk didakwa.

Kate Greville, 36 yang merupakan bekas kekasih kepada Ryan Giggs

Giggs dikatakan telah melakukan paksaan dan mengawal Eksekutif perhubungan awam, Kate Greville, 36 selain turut didakwa melakukan serangan yang membahayakan Kate.

Beliau jugak didakwa melakukan perkara yang sama kepada wanita berusia 20-an.

Paksaan atau kelakuan mengawal menjadi satu kesalahan pada 2015 dan membawa hukuman maksimum lima tahun penjara jika didapati bersalah manakala hukuman menyerang pula boleh membawa hukuman penjara 6 bulan.

Giggs bagaimanapun akan mengakui tidak bersalah di Mahkamah

Giggs dalam satu kenyataan menyatakan bahawa beliau menghormati proses undang-undang dan memahami dakwaan ke atas dirinya itu adalah perkara yang serius.

Saya akan mengaku tidak bersalah di mahkamah dan tidak sabar untyk membersihkan nama saya.

Kesan daripada insiden itu, Giggs telah didakwa dan perlu menghadap ke Mahkamah di Manchester dan Salford pada 28 April 2021 menyebabkan beliau digantung sementara tugasannya untuk menguruskan Wales di Euro 2020 pada 11 Jun 2021 selepas dinyatakan oleh FA Wales.

Robert Page, 46 akan mengambil alih tugasan Giggs pada Euro 2020

Posisi tersebut akan digantikan oleh penolong pengurus pasukan kebangsaan Wales iaitu Robert Page.

Ryan Giggs bagaimanapun mengucapkan selamat berjaya kepada Robert Page, pemain, staff kejurulatihan dan penyokong pada Euro nanti.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas