Connect with us

Oh! Media

RX-Z Terjual Harga RM60k, Lelaki Ini Berterima Kasih Kepada Kaki Kecam

Oh! Tidak

RX-Z Terjual Harga RM60k, Lelaki Ini Berterima Kasih Kepada Kaki Kecam

Tidak dinafikan, motosikal ‘lejen’ Yamaha RX-Z mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Walaupun dijual dengan harga yang tidak masuk akal, peminat dan pengumpul RX-Z sanggup mengeluarkan wang deminya.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Tolak Tawaran RM20K Untuk Jual Akhbar Lama Tarikh 1 September 1957

Seperti perkongsian tular di Facebook ini, seorang lelaki berjaya menjual RX-Z biru dengan harga RM60,000 dalam masa 24 jam sahaja.

Dia mengiklan motosikal itu pada 20 September lalu dengan harga RM62,000. Manakala RM65,000 untuk helmet Bell berwarna oren. Bagi pembelian kombo motosikal dan helmet, harga yang diletakkan adalah RM122,000.

rx-z
motosikal

Sejurus tular, perkongsian ini menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata terkejut dengan harga yang disifatkan terlalu tinggi.

Joe Shaari walau bagaimanapun melihatnya dari sudut positif dan menganggap nilai motosikal itu hanya diketahui oleh ahli dan peminatnya sahaja. Dia turut berterima kasih kepada warganet yang mengecam sehingga posting itu tular.

harga rxz
rx-z

Menurutnya lagi, setelah dirunding, motor berjaya dijual kepada seorang pembeli dari Kedah dengan nilai RM60,000. Dia sekali lagi berterima kasih kepada orang ramai yang sudi share dan komen posting sehingga ianya terjual dengan mudah. Fuh!

Kredit: Joe Shaari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top