Connect with us

Oh! Media

Rupanya Frontliners Kita Hanya Tidur Atas Katil Kosong Tanpa Tilam

Oh! Tidak

Rupanya Frontliners Kita Hanya Tidur Atas Katil Kosong Tanpa Tilam

Jangan main-main dengan kuasa viral, lagi-lagi rakyat Malaysia ni kejap je bertindak kalau ada apa-apa terjadi. Terharu pula bila tahu rakyat Malaysia sama-sama tolong bagi bantuan buat frontliners kita yang bertugas di Penjara Reman Pulau Pinang.

Bermula apabila ada satu tweet di Twitter, yang berkongsi perbualan di Whatsapp mengenai frontliners yang sedang bertugas menjaga Penjara Reman Pulau Pinang, tidur di atas katil kosong tanpa tilam dan mereka dikatakan, terpaksa mengambil tilam yang dibekalkan untuk tahanan penjara untuk dibuat alas.

Setelah mendapat perhatian ramai, Tweet oleh @InjangNation atau lebih dikenali sebagai Injang itu, akhirnya telah membawa kepada kempen mengutip derma untuk bantu membeli tilam baru buat frontliners yang bertugas di Penjara Reman Pulau Pinang.

Pada mulanya mereka ingin menderma sebanyak 100 unit tilam, namun nasib menyebelahi mereka apabila 10 unit tilam turut disumbangkan oleh pihak pembekal. Mereka juga dikatakan hanya memerlukan RM10,000 untuk membeli lagi 90 buah tilam yang berharga rm135 seunit, setelah RM2,150 telah disumbangkan oleh pihak lain.

Paling tak dijangka, hanya dalam masa yang singkat, duit sebanyak RM11,737.07 telah berjaya dikumpul dalam tempoh tak sampai 2 jam. Injang juga dikatakan turut turun bersama bagi menyumbangkan 100 unit tilam itu pada hari ini.

Selesai menyampaikan amanah anda semua di Penjara Reman Pulau Pinang – Katanya di Twitter

Melalui kutipan derma itu juga, Injang turut menyumbang topeng muka dan makanan tengahari buat frontliners yang bertugas.

Terima kasih kepada anggota-anggota Penjara Reman Pulau Pinang dan semua frontliners yang menyambut kedatangan kami dan membantu proses penyerahan dan penerimaan sumbangan ini. #RakyatJagaRakyat – Katanya.

Tahniah rakyat Malaysia! Seronok bila tengok rakyat saling bantu antara satu sama lain ni, bangga dengan keperihatinan rakyat Malaysia. Salute! #RakyatJagaRakyat

Kredit: @InjangNation

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top