Connect with us

Oh! Media

RM20,000 Lesap Selepas Memuat Naik Maklumat Ke Aplikasi Bank Negara

Oh! Tidak

RM20,000 Lesap Selepas Memuat Naik Maklumat Ke Aplikasi Bank Negara

Kes scam duit orang ni memang tak akan pernah habis. Lepas satu, satu taktik terbaru scammer nak tipu duit orang. Hari ini dapat laporan katanya ada taktik terbaru yang licik digunakan oleh scammer.

Di Kuantan ada seorang guru yang dikatakan telah kerugian hampir RM20,000 selepas dia memuat naik maklumat peribadi termasuk nombor pin perbankan internetnya melalui aplikasi ‘Bank Negara’ kelmarin.

Guru wanita berusia 37 tahun itu memberitahu, seorang pegawai polis telah mengarahkannya untuk memuat naik dan mendaftar aplikasi itu sebagai proses siasatan selepas dia konon dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram.

Selepas sahaja mendaftar, dia mendapati wang simpanannya telah dipindahkan ke akaun bank atas nama individu lain sebanyak lima kali dengan jumlah keseluruhannya RM19,950.

Susulan kehilangan wangnya, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam untuk tindakan lanjut. Kata Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.

Nasib malang yang menimpa guru itu berlaku selepas dia dikatakan menerima panggilan daripada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bekenaan tunggakan cukai atas nama sebuah syarikat yang telah didaftarkan atas namanya.

Panggilan disambungkan kepada seorang pegawai polis sebelum diberitahu bahawa dia dikehendaki oleh polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Melalui maklumat akaun yang diberinya itu, suspek telah memindahkan wang dari akaun bank milik mangsa tanpa pengetahuan sehingga mangsa mengalami kerugian. – Katanya.

Makin menjadi-jadi pula kes scam duit ni. Dah tu berani pula diorang buat aplikasi guna nama Bank Negara haih. Korang kalau ada dapat panggilan yang mencurigakan siap suruh korang ‘install’ apa-apa aplikasi ke mohon jangan terpedaya.

Kredit: Sinar Harian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top