Connect with us

Oh! Media

Risiko Jangkitan Wabak Rendah Di Rak Kedai Runcit

rak kedai runcit

Trending

Risiko Jangkitan Wabak Rendah Di Rak Kedai Runcit

Rakyat selalu bimbang bakal dijangkiti wabak Covid-19 apabila mereka membeli-belah di pasar raya atau kedai runcit. Satu kajian dilakukan di Ontario, Kanada, mendapati bahawa risiko untuk individu dijangkiti oleh virus Covid-19 dari permukaan rak kedai runcit atau pasar raya adalah amat rendah.

ADVERTISEMENT

BACA: Risiko Jangkitan Virus Melalui Kentut? Ini Perjelasan Dari Datuk Dr Alzamani

Menurut Kosmo, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Guelph, Ontario mengatakan, tiada satu pun daripada 957 sampel permukaan di empat buah kedai runcit dalam tempoh sebulan didapati positif Covid-19.

Selamat untuk dipegang

rak kedai runcit

Melalui hasil daripada ujian yang dijalankan, pemegang troli beli-belah atau pintu peti sejuk di kedai runcit yang mematuhi peraturan kesihatan adalah selamat untuk dipegang.

Kami percaya bahawa tabiat membersihkan dan membasmi kuman di permukaan serta pemakaian pelitup muka dapat mengurangkan risiko pemindahan virus dari permukaan di kedai runcit kepada manusia. – Dr Maria Corradini

Sebelum ini, pada awal pandemik, rakyat memakai sarung tangan plastik apabila mahu membeli-belah di pasar raya kerana takut akan virus Covid-19 yang dipercayai bertahan di atas permukaan selama beberapa jam dan hari.

Untuk pengetahuan, penyelidik telah menguji di bahagian pemegang troli dan bakul, terminal pembayaran, permukaan di sekitar kaunter roti dan pemegang plastik serta besi di bahagian makanan sejuk beku.

Mereka telah melakukan kajian ini dengan menjalankan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) dan keputusannya adalah negatif Covid-19 untuk semua sampel yang diuji.

Jadi, sekarang ini kita tidak perlu lagi risau untuk membeli-belah di pasar raya. Tak perlu lagi nak pakai sarung tangan plastik nak pegang barang di rak kedai runcit. Yang penting, sentiasa basuh dan sanitise tangan lepas dah pegang pelbagai jenis barang tu okay!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas