Connect with us

Oh! Media

Rider Salah Hantar Makanan, Anak-Anak Terjamah Khinzir Panggang

Oh! Tidak

Rider Salah Hantar Makanan, Anak-Anak Terjamah Khinzir Panggang

Banyak je kan kita dengar kes rider salah hantar makanan. Tapi kali ini lagi ekstrem kerana pelanggan termakan makanan tak halal disebabkan kecuaian macam ni. Pulak dah..

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Rindu Makan Benda Haram..” – Pelakon Adam Corrie Didakwa Makan Mi Wantan Berlaukkan Daging Khinzir

Menerusi satu hantaran di aplikasi Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Izham Nayan mendedahkan kesilapan penghantar makanan menyebabkan anak-anak rakannya terjamah daging khinzir panggang.

Difahamkan kejadian itu berlaku semasa isterinya rakannya tengah sibuk menguruskan online class dan tak sempat pantau anak-anak.

Ayah orderkan untuk anak kat rumah, anak terima dan makan je. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ini resit kat belah bawah sekali dalam plastik, keluarkan semua baru jumpa resitnya.

Asal order mee tarik warisan, ibu tengah handle online class..anak-anak kecil pula tengah lapar.

Meninjau ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati kepada keluarga tersebut dan menyarankan untuk mengambil tindakan terhadap penghantar makanan.

Allahu…. Tapi kenapa tak nampak ke kat resit tu dari restoran cina?

Astaghfirullah.. Makan sampai habis ke baru perasan..

Saman bang jangan buat main-main benda ni.

Bahaya betul ek tapi kita sebagai pembeli pun perlulah berhati-hati dan pastikan makanan yang dihantar tu betul sebelum makan. Semoga perkara ini dah tak berulang lagi ye.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas