Connect with us

Oh! Media

Risiko Kemalangan Runtuhan Jejambat Ada Tetapi Boleh Dielak

Trending

Risiko Kemalangan Runtuhan Jejambat Ada Tetapi Boleh Dielak

Nampaknya risiko kemalangan seperti kejadian runtuhan jejambat pembinaan SUKE sehingga akibatkan kematian pengguna jalan rasa boleh berlaku.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dinyatakan pihak Institut Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) hari ini yang menyatakan resiko itu dapat dikurangkan oleh majikan jika pengurusan pengangkutan diuruskan dengan baik.

Justeru, NIOSH mahu majikan dan pekerja menjalin kerjasama melalui sistem pengangkutan lebih efisyen. Pemandu bergerak membawa muatan barangan tertentu dan ia perlu mengenal pasti hazad dan kawalan risiko membabitkan perancangan perjalanan, kesediaan untuk memandu, keadaan kenderaan yang sesuai dan baik, kesesuaian muatan dibawa dan lain lain lagi.

Perkara ini akan dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui kerjasama majikan dan pekerja melalui sistem pengurusan keselamatan lebih-lebih lagi bagi sektor perkhidmatan pengangkutan membabitkan kenderaan mengangkut dan penghantaran barang. – Kata mereka.

Dalam erti kata lain pihak pengurusan tapak pembinaan seharusnya bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku kerana berlaku kecuaian dalam menguruskan projek.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas