Connect with us

Oh! Media

Rentas Negeri : Semua Orang Sama Di Sisi Undang-Undang

Trending

Rentas Negeri : Semua Orang Sama Di Sisi Undang-Undang

Baru-baru ini, perbualan dan perbalahan hangat antara netizen di media sosial tentang isu merentas negeri dalam kalangan orang kenamaan, selebriti dan ‘instafamous’.

ADVERTISEMENT

Dikatakan ia berlaku disebabkan tular gambar dan video yang menunjukkan bahawa mereka berada di luar negeri ketika larangan merentas negeri sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Punca yang menyebabkan kemarahan netizen dan orang ramai adalah tindakan pihak berkuasa yang berat sebelah dalam mengenakan tindakan undang-undang terhadap golongan ini.

Menurut aktivis masyarakat, Azman Kang Abdullah berkata, tidak boleh ada ‘double standard’ dalam usaha membendung penularan Covid-19 yang sedang meningkat di negara kita ini.

Menurutnya, kerajaan mahupun pihak berkuasa harus tegas dalam melaksanakan undang-undang terutamanya isu rentas negeri yang menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

“Semua pihak tidak kira sama ada pemimpin politik, golongan kenamaan atau rakyat biasa adalah sama di sisi undang-undang. Kalau nak laksanakan (larangan rentas negeri), sepatutnya sama rata jangan ada VIP yang boleh dan rakyat biasa tak boleh. 

“Tambah pula jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, biarlah saksama jangan ada orang yang balik kampung beraya sementara yang lain tak boleh,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro hari ini.

Azman juga merupakan Presiden Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa kerajaan meneliti dan menangani isu ini dengan baik dan adil supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.

Beliau berkata, kedaulatan undang-undang mesti dilindungi supaya tidak disalah guna sehingga keadilan tidak dapat dilakukan.

“Hari ini, kita hidup dalam negara aman damai. Jadi kita tidak mahu ada isu yang mencetuskan kemarahan rakyat kepada polis dan kerajaan disebabkan ketidakadilan,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas