Connect with us

Oh! Media

Remuk Disondol Lori, Pemandu Myvi Kongsi Keadaan Terkini

Trending

Remuk Disondol Lori, Pemandu Myvi Kongsi Keadaan Terkini

Baru-baru ini, terjadi sebuah kemalangan melibatkan sebuah lori yang bertindak melanggar 5 buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Lori Sondol ‘King’ Hingga Remuk Positif Dadah

Apa yang menjadi perhatian adalah keadaan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dalam keadaan remuk yang teruk selepas menerima pelanggaran itu.

Mengikut laporan, pemandu lori yang mencetuskan kemalangan itu didapati positif dadah jenis Methampheramine dan Amphetamin serta berada di bawah pengaruh alkohol.

Pemandu Myvi jadi perhatian

Jika dilihat pada keadaan semasa kenderaan tersebut, adalah sangat mustahil bagi seseorang untuk tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Namun, sebuah video tular menunjukkan pemandu Myvi tersebut keluar dengan selamat walaupun dilihat tersepit dalam keadaan keretanya yang remuk.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama Firdaushshm yang memaparkan detik-detik ketika pemandu itu keluar dari kenderaannya.

https://www.tiktok.com/@firdaushshm/video/7004824147448679706?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514

Keadaan terkini abang Myvi

Selain itu, menerusi hantaran yang lain, pemuda itu turut memuat naik video perbualan dirinya bersama dengan pemandu Myvi berkenaan.

Pemandu tersebut yang dikenali sebagai Nik mengakui dia masih mengalami kecederaan seperti sakit di bahagian tengkok, di bahagian peha, patah hidung serta bahagian mulut yang perlu dijahit.

Menerusi video tersebut, individu tersebut sudah pun keluar daripada hospital selepas menerima rawatan susulan berkaitan kemalangan ngeri yang dihadapinya.

https://www.tiktok.com/@firdaushshm/video/7005181118324509979?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514

Selain itu, Nik juga turut menafikan tuduhan orang ramai tentang keadaan keretanya yang tiada sistem airbag yang menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Apa tak ada airbag nya, kalau tak ada benda tu saya dah tanam dah (meninggal dunia). Itu yang saya selamat tu. Myvi semua ada airbag.

Namun, disebalik kejadian itu, Nik turut mengucapkan rasa syukurnya kepada Allah SWT selepas diberi kesempatan untuk meneruskan hidup.

Hal itu kerana kejadian itu menyebabkan kenderaannya benar-benar hancur dan meremukkan keseluruhan tempat duduk belakang kenderaan itu kecuali di bahagian tempat duduk hadapan.

Dia juga turut bersyukur kerana kereta tidak meletup semasa kejadian berlaku dan meminta bantuan orang ramai untuk menariknya keluar.

https://www.tiktok.com/@firdaushshm/video/7005182398346300698?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514

Tambahnya lagi, Nik juga mengakui dia mampu untuk keluar disebabkan bantuan orang ramai yang membuka laluan kepada dirinya.

Tak boleh keluar dari tingkap, saya minta tolong orang ramai tarik kereta tu untuk besarkan ruang, barulah boleh saya keluar.

Nik juga berkata bahawa dia tidak mengetahui keadaan pemandu lori yang melanggarnya dan hanya memaklumkan akan membuat laporan polis pada hari berikutnya.

https://www.tiktok.com/@firdaushshm/video/7005183797897465114?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514

Walaubagaimanapun, Nik juga turut mengucapkan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantunya dalam kejadian itu.

Dalam kesempatan ini, kami dari Oh! Media mendoakan agar abang Nik segera sembuh dan menerima pampasan yang sepatutnya oleh sebab kenderaannya yang remuk teruk.

Kredit: TikTok @firdaushshm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas