Connect with us

Oh! Media

Rempuh Remaja Sampai Terbang Atas Atap Bengkel, Pemandu Honda Kantoi Bawa Dan Positif Dadah

kemalangan

Trending

Rempuh Remaja Sampai Terbang Atas Atap Bengkel, Pemandu Honda Kantoi Bawa Dan Positif Dadah

Semalam tersebar video kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang cuba memotong kenderaan lain dan merempuh seorang penunggang motosikal. Mangsa yang baru berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan parah.

ADVERTISEMENT

Kemalangan berlaku di Jalan Permatang Piah – Kampung Kolam, Pak Badol pagi semalam dan video kejadian tersebar. Apa yang mengejutkan apabila rakaman menunjukkan mangsa yang dikenali sebagai Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakarian telah melambung hingga ke bumbung bengkel berhampiran.

Rempuhan kereta jenis Honda Civic sangat kuat kerana sedang dalam mood memotong

Ketua Jabawatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh mengesahkan kejadian itu dan mendapati suspek dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tasek Pauh, Selising.

Mangsa yang tiada lesen memandu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berada di laluan bertentangan bagaimanapun terus ditempuh.

Insiden itu menyebabkan mangsa melambung dan jatuh di atas bumbung sebuah bengkel di sebelah kiri jalan.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah selepas patah tangan dan paha kiri terus dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Lebih mengejutkan! Suspek didapati positif dadah

Apa yang membuatkan pihak polis curiga apabila keadaan fizikal pemandu Honda Civic seperti baru lepas bergaduh kerana ada kecederaan seperti bergelut. Hasil pemeriksaan teliti polis akhirnya mendapati suspek positif dadah hasil ujian air kencing.

Tidak cukup dengan itu, polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM3,020.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tujuh rekod lampau berkait kes dadah.

Hambik! Tak sangka pula tupai yang pandai melompat boleh terbongkar dekat sini. Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas