Connect with us

Oh! Media

Remaja Tertidur Atas Landasan Maut Digilis Kereta Api

maut

Trending

Remaja Tertidur Atas Landasan Maut Digilis Kereta Api

Siapa sangka kejadian seperti ini berlaku di Malaysia. Kami agak terkejut sebaik sahaja mengetahui apa yang terjadi kepada arwah Mohamad Azwan Syhmin Md Yusoff, 18 tahun yang meninggal dunia akibat digilis kereta api.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu berlaku di Kampung Tiong berdekatan Gua Musang dan punca kemalangan agak pelik. Ini apabila mangsa dikatakan sedang tidur di atas landasan kereta api bersama seorang rakannya. Mangsa kemudian tidak sempat bangun walaupun hon kecemasan telah diberikan oleh kereta api.

Rakan mangsa bagaimanapun sempat selamatkan diri. Kereta api tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat dan melalui laluan terbabit kira-kira jam 5.30 pagi Isnin semalam.

Pemandu kereta api ternampak lelaki tidur atas landasan dan menyembunyikan hon. Mangsa tidak sempat bangun bagaimanapun rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri. – Kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo.

Sebaik menyedari apa yang berlaku, pemandu kereta api terus melaporkan insiden itu kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan polis. Pihak polis meletakkan kes ini sebagai mati mengejut.

Jenazah adik Mohamad Azwan selamat dikebumikan

Melihat pula perkongsian laman Facebook Mat Jenazah Vjgm, Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga, Gua Musang. Salam takziah kepada keluarga dan sahabat arwah semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Kredit: SInar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas