Connect with us
rogol

Oh! Tidak

Remaja Rogol Kanak-Kanak Di Ambang Tahun Baru Dicekup Ketika Cuba Lari Ke KL

Keseronokan menyambut ambang tahun baru bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol kenalannya.

BACA: Warga Emas Dan Anak Tiri Didakwa Rogol Remaja Perempuan Dalam Kereta Selang Sejam

IKLAN

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria dalam laporan Harian Metro berkata, mangsa keluar dengan suspek berusia 17 tahun tanpa pengetahuan keluarganya.

rogol

Mereka dikatakan menaiki motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu untuk bersiar-siar di sekitar Besut dan Pasir Puteh sempena tahun baharu.

Suspek kemudian didakwa membawa mangsa ke sawah padi sebelum merogolnya dan mangsa ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 6.45 pagi semalam. Polis bertindak segera apabila berjaya memberkas suspek pada jam 1 tengah hari di dalam bas di Bentong, Pahang dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas